NADI – MAHIR: Baiki Gadjet | Minggu ke – 12
11 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini10 Oktober 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas mahir minggu ke 12, mahir baiki gadjet. Kelas mahir ini terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi jam 9.30 pagi – 11.00 pagi sesi petang bermula jam 3.00 petang – 4.30 petang. Seramai 3 orang peserta terlibat dalam kelas ini.
Pada minggu ke-12, peserta Kelas Mahir meneruskan dengan membuka dan memasang semula komputer riba HP 14s memberi pendedahan kepada peserta tentang komponen asas dalam sebuah laptop serta cara mengendalikannya dengan betul. Peserta akan belajar langkah keselamatan sebelum membuka peranti, cara menanggalkan skru dan penutup dengan berhati-hati, mengenal pasti bahagian seperti RAM, hard disk, kipas, dan bateri, serta teknik memasang semula komponen dengan kemas dan selamat. Aktiviti ini membantu peserta memahami struktur dalaman gajet serta meningkatkan kemahiran asas dalam penyelenggaraan dan pembaikan komputer riba.
Sertailah kami untuk pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh manfaat!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: